BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Kumpulan Vfive perluas inisiatif kebajikan Ramadan

KUALA LUMPUR – VFive Group, syarikat milikan penuh Bumiputera, terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang Ramadan ini dengan memperluas inisiatif kebajikan bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

Pelaksanaan program kebajikan itu dikendalikan oleh Yayasan VFive dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta pelbagai institusi seperti masjid, surau, madrasah tahfiz dan pusat pendidikan di sekitar Lembah Klang.

Antara program yang dilaksanakan termasuk sumbangan 750 pek makanan iftar setiap hari, pemberian baju raya percuma kepada anak-anak yatim, Program Singgah Sahur, tajaan menunaikan umrah di bulan Ramadan, edaran bubur lambuk percuma, bantuan kebajikan kepada masjid, surau, pusat tahfiz dan institusi pendidikan.

Mohd Syafiq (tiga dari kanan) menyampaikan Infaq Mahabbah kepada pemegang taruh pada Majlis Iftar Perdana 2025 di Grand Barakah Hotel, Jumaat lalu.

 

Mohd Syafiq (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan umrah pada Majlis Iftar Perdana 2025 di Grand Barakah Hotel, Jumaat lalu.

Selain itu, sumbangan kebajikan turut diperluaskan ke peringkat antarabangsa melalui program infaq iftar di Masjidil Haram, Madinah dan Indonesia.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah, usaha itu bertujuan meringankan beban golongan yang memerlukan agar mereka dapat menikmati keberkatan Ramadan.

“Ramadan adalah bulan penuh keberkatan dan peluang untuk kita melipatgandakan amal kebajikan.

“Justeru, kami ingin berkongsi rezeki dengan seramai mungkin masyarakat yang memerlukan.

“Insya-Allah, inisiatif kebajikan ini akan terus diperluaskan dari semasa ke semasa,” katanya pada Majlis Iftar Perdana 2025 di Grand Barakah Hotel, Jumaat lalu.

Majlis tersebut bukan sahaja mengeratkan hubungan antara warga kerja VFive Group dan pemegang taruh, tetapi turut menyantuni anak-anak yatim dan pelajar tahfiz.

Dalam majlis itu, VFive Group turut menyampaikan sumbangan Infaq Mahabbah Ramadan kepada masjid, surau, pusat tahfiz, pertubuhan kebajikan serta komuniti penghantar makanan dalam bentuk replika cek.

Bagi sebarang pertanyaan atau cadangan kerjasama, orang ramai dialu-alukan untuk menghubungi Yayasan VFive agar lebih banyak komuniti dapat dibantu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button