JENAYAH & MAHKAMAH

Kes intai pelanggan wanita di Damansara Uptown ditutup, pengadu tarik balik laporan

PETALING JAYA – Isu membabitkan seorang pelanggan wanita yang menjadi mangsa intai oleh pekerja di sebuah restoran terkenal di Damansara Uptown diselesaikan secara persetujuan bersama antara pihak yang terlibat.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, isu berkenaan telah diselesaikan secara aman melalui persetujuan bersama antara pihak pengadu dan suspek.

Menurutnya, pengadu juga sudah menarik laporan polis dibuat sebelum ini.

“Bagaimanapun, siasatan kita teruskan dengan rekod percakapan suspek dan lain saksi kerana kejadian ini tular.

“Kertas siasatan sudah rujuk pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan beri keputusan tiada pertuduhan dibuat (NFA),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, seorang pelanggan wanita dilaporkan trauma selepas menjadi mangsa intai seorang pekerja restoran terkenal di Damansara Uptown yang bertindak membuat rakaman video di dalam tandas premis tersebut.

Wanita yang dikenali sebagai Iysa, 23, berkata, dia ketika itu sedang makan di restoran terbabit pada pukul 9.50 malam sebelum ke tandas untuk membuang air kecil.

Menurutnya, ketika di dalam tandas dia terdengar orang bersiul dan mencari bunyi itu kerana terlalu kuat.

“Tetapi ketika itu saya masih berfikiran positif dan beranggapan mungkin salah dengar.

“Tetapi tidak lama kemudian saya masih dengar orang bersiul dan terus pandang ke arah kipas penghawa dingin dan terlihat telefon bimbit sebelum saya melihat lebih dekat dengan membuka lampu telefon bimbit saya sebelum menyedari ada orang merakam,” katanya ketika dihubungi pemberita.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button