
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Hanya dilakukan seorang, dipercayai berlaku di ladang sawit Kampung Sri Keledang
HULU SELANGOR – Kawasan ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, di sini dipercayai sebagai lokasi utama kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan pihaknya mendapati suspek dan mangsa mengenali antara satu sama lain.
Namun katanya, polis masih menyiasat sejauh mana hubungan mereka.
“Kita percaya ia berlaku di sini dan dilakukan suspek seorang. Daripada siasatan kita tahu mereka kenal satu sama lain.
“Namun sejauh mana hubungan termasuk motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Hussein memaklumkan penahanan suspek membawa kepada penemuan mayat Nur Farah Kartini di lokasi kejadian.
“Suspek kita tahan, siasat dan membawa kepada penemuan mangsa dan beberapa barang bukti.
“Suspek kini direman tujuh hari dan kita mungkin akan sambung dan selalunya secara tidak langsung dia akan ditahan kerja,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








