BERITA SEMASA

Kerajaan tidak berhasrat naikkan harga beras putih tempatan

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan pihaknya tidak bercadang menaikkan harga beras putih tempatan (BPT) kepada RM34 setiap 10 kilogram (kg).

Menurutnya dalam satu kenyataan, harga BPT di peringkat runcit masih dikawal dan tertakluk kepada Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.

“KPKM ingin memaklumkan bahawa harga BPT di peringkat runcit masih dikawal pada kadar RM2.60 sekilogram sebagaimana yang tertakluk di bawah Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) (Pindaan No.4) 2008, Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522],” katanya hari ini.

Semalam, Datuk Ameer Ali Mydin mencadangkan untuk menaikkan harga siling BPT kepada RM34 setiap 10 kg dan kebenaran pembelian BPI dengan harga borong oleh pengusaha restoran.

Mengulas lanjut, menurut kenyataan itu, keputusan KPKM untuk memberikan kebenaran pembelian BPI pada harga borong iaitu RM160/50kg (harga di pintu gudang) kepada persatuan-persatuan restoran, pengusaha makanan dan penjaja kecil adalah bagi membantu pihak pengusaha restoran, makanan dan penjaja kecil mendapatkannya dengan harga borong bagi perniagaan mereka.

Melalui kaedah ini, katanya, pihak peniaga dapat mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi yang dijual tidak dinaikkan harga.

Dalam masa sama katanya, usaha ini juga untuk memastikan bekalan BPT akan dapat distabilkan dengan mengurangkan pembelian yang banyak oleh pengusaha restoran, makanan dan penjaja kecil untuk kegunaan perniagaan berbanding pembelian untuk keperluan isi rumah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button