Kerajaan perlu tegas kuatkuasa Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Tidak normalisasikan kemalangan di tempat kerja
KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu tegas menguatkuasakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 supaya kemalangan di tempat kerja terutama di tapak pembinaan tidak boleh dinormalisasikan.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat (IKATAN), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kemalangan di tempat kerja seharusnya dielak dengan bersungguh-sungguh menerusi penerapan langkah kawalan keselamatan dan kesihatan tahap tertinggi.
“Sungguhpun banyak komen dan teguran telah dibuat oleh pelbagai pihak mengenai betapa pentingnya aspek keselamatan harus diutamakan dan diamalkan tetapi masih ada pihak tertentu yang tidak memberikan perhatian berat,” katanya.
Pandangan itu merujuk kepada beberapa kes kemalangan di tempat kerja baru-baru ini.
Sehubungan itu, Lam Thye berkata, ketegasan kerajaan menguatkuasakan akta yang dipinda pada tahun lalu itu akan membuatkan majikan yang gagal mematuhi undang-undang sedar akan kesilapan mereka.
“Salah satu kaedah ialah dengan membuat audit keselamatan dari masa ke masa dan yang kedua ialah untuk memastikan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dijalankan dan ketiga membuat pemantauan dengan lebih kerap,” katanya lagi.
Beliau seterusnya menambah, mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif adalah tanggungjawab bersama majikan dan pekerja.
Kemalangan yang berlaku juga jelasnya harus dijadikan iktibar selain berusaha memastikan ianya tidak berulang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





