BERITA SEMASA

Keputusan STPM 2023 diumum 23 Julai ini

PUTRAJAYA – Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2023 akan diumumkan pada 23 Julai ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan calon daripada sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan calon persendirian boleh menyemak keputusan mereka secara dalam talian.

“Melalui pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK bermula pada pukul 11.30 pagi pada hari tersebut.

“Keputusan juga boleh diperoleh secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2023 dengan menaip STPM/No.Kad pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, sistem tersebut akan mula beroperasi pada pukul 11 pagi, 23 Julai dan akan berakhir pada 12 tengah hari, 30 Julai.

Gambar hiasan

Dalam pada itu katanya, sebanyak 41,548 calon telah menduduki peperiksaan tersebut di 657 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan seramai 16,387 petugas yang terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button