BERITA SEMASA

Keadaan pelajar terjatuh tingkat 3 kini lebih stabil, tunjuk tindak balas positif

KUALA LUMPUR – Pelajar lelaki tingkatan tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama di sebuah sekolah di Sabak Bernam kini berada dalam keadaan stabil.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, berdasarkan maklum balas rasmi daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), pelajar tersebut kini masih menerima rawatan rapi di Unit Rawatan Intensif (ICU), Hospital Sungai Buloh.

“Pelajar itu telah menjalani prosedur khas bagi mengawal tekanan dalam otak dan rawatan kecemasan tersebut berjaya dilengkapkan dalam tempoh 48 jam pertama.

“Setakat hari ketiga selepas rawatan, keadaan pelajar dilaporkan lebih stabil dan menunjukkan beberapa tindak balas positif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu katanya, pasukan perubatan terus memantau perkembangannya dari semasa ke semasa.

Katanya, kerajaan negeri Selangor menzahirkan rasa simpati dan mendoa agar pelajar itu segera pulih.

“Kerajaan negeri juga menyeru semua pihak agar dapat memberikan ruang kepada keluarga mangsa, serta mengelak daripada membuat atau menyebarkan sebarang spekulasi yangboleh menjejaskan emosi mereka.

“Kerajaan negeri bersama JKNS akan terus memantau perkembangan kesihatan pelajar ini dan memberikan sokongan yang diperlukan kepada pihak keluarga,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button