BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Kafe GG jadi tarikan baharu warga Putrajaya

PUTRAJAYA – Warga Putrajaya kini mempunyai satu lagi pilihan lokasi santai apabila Kafe GG atau Grab & Go dilancarkan secara rasmi hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Outlet Kafe GG di PICC tawar menu fushion dan lokasi makan baharu di Putrajaya
Outlet Kafe GG di PICC tawar menu fushion dan lokasi makan baharu di Putrajaya

Kafe yang mula beroperasi sejak Mei lalu itu menawarkan pelbagai hidangan sarapan, makan tengah hari dan minum petang berkonsepkan pantas, segar dan ringkas dengan sentuhan cita rasa tempatan serta antarabangsa.

Pelancaran itu turut menandakan outlet restoran fizikal ketiga di bawah Kumpulan PULSE selepas Putrajaya Seafood Restaurant di Taman Botani dan Terminal Cafe di Terminal Putrajaya Sentral.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Dato’ TPr. Fadlun Mak Ujud merasmikan Kafe GG di PICC
Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk TPr. Fadlun Mak Ujud merasmikan Kafe GG di PICC

Ketua Eksekutif Kumpulan PULSE, Ir. Abdul Rahim Md Junoh berkata, kafe tersebut diwujudkan bagi memenuhi gaya hidup moden yang pantas tetapi tetap menitikberatkan kualiti.

“Kafe ini bukan sekadar tempat makan, tetapi juga ruang komuniti santai untuk pelanggan berkumpul, berbincang atau bekerja.

Menu-menu signature yang menjadi pilihan pelanggan yang dipamerkan Ketika majlis perasmian
Menu-menu signature yang menjadi pilihan pelanggan yang dipamerkan ketika majlis perasmian

“Dengan lokasi strategik dan parkir yang luas, kami yakin ia mampu menarik pengunjung sehingga 5,000 orang sebulan,” katanya di sini hari ini.

Antara menu istimewa yang ditawarkan ialah Nasi Goreng Udang Galah, Kambing Masak Hitam, Kantones Hor Fun Udang Harimau, Rendang Daging serta pilihan Barat seperti Carbonara Ayam Salai dan Bolognese Daging.

Menu unik lain termasuk PICC Burger buatan sendiri serta set sarapan ‘Putrajaya Breakfast’.

Selain itu, kafe ini juga memperkenalkan menu promosi bulanan, antaranya set Masak Lemak Salai sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Kafe GG diuruskan oleh PULSE Catering Services dengan jaminan mutu makanan yang disediakan dari dapur berpusat di PICC dengan harga ditawarkan serendah RM5 dengan operasi dibuka Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Majlis pelancaran rasmi disempurnakan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk TPr. Fadlun Mak Ujud.

Menurut Abdul Rahim lagi, Kumpulan PULSE juga merancang membuka cawangan baharu Kafe GG di sekitar Putrajaya dengan kapasiti lebih besar pada tahun hadapan sebagai sebahagian strategi pertumbuhan jangka panjang dalam industri makanan dan minuman.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button