LUAR NEGARA

Jet latihan terhempas di kawasan kolej, sekurang-kurangnya 19 terbunuh

DHAKA – Sekurang-kurangnya 19 terbunuh manakala lebih 50 lagi cedera apabila sebuah jet latihan jenis Chengdu F-7 BGI milik Tentera Udara Bangladesh jatuh terhempas ke atas bangunan Kolej Dan Sekolah Milestone di daerah Uttara, hari ini.

Laporan Reuters yang memetik media tempatan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang (waktu tempatan) ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung dengan pelajar-pelajar berada di dalam kelas.

chengdu f7
Pesawat jenis Chengdu F-7 milik Tentera Udara Bangladesh.

Video kejadian yang mula menjadi tular di media sosial menunjukkan serpihan pesawat yang terbakar serta orang awam yang cedera sedang berlari untuk mendapatkan bantuan.

Dalam satu hantaran di akaun Facebook rasminya, pihak Milestone merayu orang ramai yang ingin menderma darah supaya ke hospital berdekatan kerana bekalan darah amat diperlukan.

Mereka turut meminta supaya orang ramai menjauhi lokasi kejadian sementara operasi menyelamat sedang dijalankan.

Sementara itu, pakar bedah Institut Kebangsaan Pembedahan Melecur dan Plastik, Dr. Shawon Rahman memberitahu BDnews24 bahawa jabatan kecemasan telah menerima 30 pesakit setakat ini.

“Jumlah pesakit terus meningkat. Kebanyakan mangsa melecur adalah pelajar, dan kesemua mereka berada dalam keadaan kritikal,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button