Jenayah & Mahkamah

Zamri Vinoth direman dua hari

KANGAR – Pendakwah bebas, Ustaz Zamri Vinoth dikenakan perintah reman selama dua hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa menghina agama dan menggugat ketenteraman awam.

Perintah reman terhadap Zamri,41, itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Terdahulu, suspek yang berjaket hitam tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi, dalam keadaan bergari diiringi anggota polis.

Beliau diwakili 10 peguam yang diketuai Zuhair Ahmad Zakuan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pendakwah bebas itu ditahan di Taman Melati Indah, Beseri, berikutan laporan polis yang diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wang Wangi.

Penahanan itu susulan hantaran yang dimuatnaiknya di laman Facebook berhubung penempatan semula Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Kuala Lumpur.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Difahamkan, tindakan lanjut turut dijalankan pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia berkaitan akaun Facebook miliknya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button