
Yasin dilepas, bebas daripada pertuduhan dadah
PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini melepas dan membebaskan komposer dan penyanyi, Muhammad Yasin Sulaiman atas tiga pertuduhan dadah dihadapinya.
Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan ke atas penyanyi itu selepas didapati bersalah atas pertuduhan dadah tersebut.
Walaupun dibebaskan, Mahkamah Rayuan telah memerintahkan Yasin, 50, agar ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sehingga diperkenankan Sultan Selangor.
Pada 22 Ogos tahun lalu, Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan selaku perayu ke atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Faiz Dziyauddin yang melepas dan membebaskan pelantun lagu Mimpi Laila itu.
Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, yang sebelum ini ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama mana tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor, digari oleh pihak polis dan dibawa terus ke Penjara Kajang.
Norsharidah turut memerintahkan semua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 24 Mac 2022.
Mengikut pertuduhan pertama yang baharu, Yasin didakwa dalam miliknya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac 2022.
Bagi kesalahan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |