
Warga emas tinggal bersendirian ditemui mati dengan tikaman
KULAI – Penduduk di Taman Bahagia, Senai di sini dikejutkan dengan penemuaan mayat seorang warga emas berusia 67 tahun dengan kesan tikaman.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa yang tinggal berseorangan di rumahnya ditemui oleh seorang lelaki tempatan pada pukul 11.42 pagi semalam.
“Kita menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tempatan yang memaklumkan berhubung kejadian terbabit.
“Pengadu memberitahu menjumpai seorang lelaki dalam keadaan terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Menurut Seng Lee, hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan tikaman dipercayai menggunakan objek tajam.
“Tiada barangan hilang dari rumah mangsa dan kita masih menyiasat motif dan punca kejadian,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Pihak polis menggesa orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Nur Aniyah Ismail di talian 013-9792526 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai di talian 07-6632222,” jelasnya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |