BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Warga emas maut dihempap pokok ketika berkhemah

KUANTAN – Kegembiraan 14 sekeluarga melakukan aktiviti perkhemahan berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dihempap pokok tumbang di Pantai Balok, Beserah dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian itu seorang wanita berusia 68 tahun dari Felda Cerul 2, Kemaman, Terengganu maut di tempat kejadian.

Beliau berkata, kejadian yang berlaku ketika hujan lebat itu turut menyebabkan cucu mangsa, Nurul Amni Aisyah Mohamad Afiq, 7, cedera pada bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

“Mangsa bersama 13 ahli keluarga menyertai aktiviti perkhemahan selama tiga hari dua malam di kawasan perkhemahan itu bermula semalam.

“Kira-kira jam 3.10 petang tadi, hujan dan angin kencang melanda kawasan perkhemahan dan mangsa ketika itu sedang duduk di atas kerusi di depan khemahnya.

“Tiba-tiba menantunya yang berada dalam khemah bersama isteri dan dua anaknya terdengar bunyi pokok tumbang dan semasa menyelamatkan diri mangsa dilihat sudah dihempap pokok dan mereka cuba mengalihkannya,” katanya melalui kenyataan malam ini.

Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Sultan Haji Ahmad Shah @ IIUM Kuantan untuk dibedah siasat.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button