BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Warga emas ditemui rentung dalam pacuan empat roda di tanah perkuburan

BATU PAHAT – Seorang lelaki warga emas ditemui rentung di dalam semua pacuan empat roda yang terbakar di sebuah tanah perkuburan di Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, semalam.

Mayat mangsa berusia 64 tahun itu ditemui oleh seorang penggali kubur yang melaui tanah perkuburan itu pada pukul 1 tengahari semalam sebelum bertindak menghubungi polis.

Berita Harian melaporkan, sumber memberitahu bahawa penggali kubur itu menyedari kewujudan rangka manusia selepas mendekati kenderaan yang dipercayai terbakar dua hari lalu itu.

“Sebaik memeriksa di dalamnya, dia ternampak rangka manusia dalam keadaan rentung di tempat duduk pemandu.

“Penggali kubur kemudiannya menghubungi polis dan maklumat awal diperolehi mendapat lelaki itu beralamat di Kluang,” katanya.

Kejadian itu berlaku di lokasi terlindung dari pandangan orang ramai hingga menyukarkan penemuan mayat itu lebih awal.

Pasukan forensik yang dimaklumkan mengenai penemuan mayat rentung, tiba di lokasi pada pukul 5.15 petang untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan penemuan mayat rentung itu.

Katanya, polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button