
Warga Australia ditembak mati di Bali, seorang lagi parah
JAKARTA – Seorang lelaki warga Australia maut manakala seorang lagi cedera parah dalam satu insiden tembakan di sebuah vila di wilayah Badung, Bali, awal pagi tadi.
Jurucakap polis Bali, Ariasandy berkata, pihaknya kini sedang memburu dua individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian selepas tengah malam di selatan pulau pelancongan itu, lapor portal berita Detik.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Zivan R, 32, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi, Sanar G, 35, mengalami kecederaan serius dan kini dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital berhampiran.
Menurut polis, saksi mendakwa melihat dua suspek melarikan diri dari tempat kejadian menaiki dua buah motosikal. Mereka juga mendengar suspek bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat Australia.
Motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak berkuasa sedang giat menjalankan operasi bagi mengesan kedua-dua suspek terbabit.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |