Jenayah & Mahkamah

Wanita terselamat daripada cubaan rogol dalam tandas awam

Suspek berjaya ditahan sekumpulan remaja

KLUANG – Seorang wanita berusia 24 tahun berjaya menyelamatkan diri daripada dirogol di sebuah tandas awam di Laman Kampung Melayu, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dalam kejadian pada pukul 5.20 petang itu, suspek turut berjaya ditahan sekumpulan remaja yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati, suspek seorang penganggur berusia 34 tahun dan sebelum itu, bersembunyi dalam sebuah tandas yang pintunya tertutup.

“Semasa mangsa mahu masuk ke tandas, suspek keluar daripada persembunyian dan mengunci pintu tandas berkenaan.

“Mangsa cuba dirogol sebelum menggigit tangan dan mencakar muka suspek. Mangsa kemudiannya dapat melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pihak polis yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian mendapati suspek sudah ditahan orang ramai.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini, di Mahkamah Majistret Kluang.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah namun dia memiliki enam rekod jenayah dan tiga dadah,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button