
Wanita maut selepas 10 jam dirawat akibat kemalangan di jalan Kuantan-Seremban
ROMPIN – Seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 147 Jalan Kuantan-Seremban semalam meninggal dunia selepas lebih 10 jam menerima rawatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mandoi, mangsa, Norafikaharanap Syafaruddin, 33, meninggal dunia sekitar pukul 10.30 malam tadi di Hospital Muadzam Shah akibat kecederaan parah di kepala.
“Kemalangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan otak yang teruk dan berada dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam insiden kira-kira pukul 12.25 tengah hari semalam, mangsa menaiki kereta yang dipandu tunangnya, Muhamad Nasri Sulaiman, 32, sebelum kenderaan mereka dirempuh sebuah lori dari arah Bahau ke Muadzam Shah.
“Siasatan awal mendapati kereta terbabit membelok ke simpang kiri tanpa memberi laluan kepada kenderaan lain di laluan utama, mengakibatkan lori gagal mengelak sebelum merempuh bahagian sisi kereta tersebut.
“Akibat rempuhan itu, Muhamad Nasri maut di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 53 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |