BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Wanita ‘madukan’ suami dakwa sudah dicerai namun mengaku tidak lapor perceraian

KOTA BHARU – Wanita yang didakwa ‘memadukan’ suaminya selama lebih setahun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan berhubung kesnya.

Wanita berusia 30 tahun itu berkata, dia sudah memberi keterangan di Pejabat Agama Tanah Merah semalam dan enggan mengulas lanjut bagi mengelak mengganggu siasatan.

“Buat masa ini saya tidak boleh memberi sebarang kenyataan dan saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

“Saya juga sudah memberi keterangan di Pejabat Agama Tanah Merah semalam. Jadi saya tidak mahu mengganggu siasatan pihak berkuasa.

“Jika saya berkata-kata buat masa ini pun masyarakat tetap menyalahkan saya kerana perkara ini sudah menjadi isu besar,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Pada masa sama, dia tetap menegaskan lafaz cerai dengan suaminya sudah berlaku pada 2022 sebelum dia berkahwin dengan suami kedua di Thailand pada November 2024.

“Namun kesilapan kami adalah tidak mendaftar cerai di pejabat agama sebelum saya berkahwin di Thailand.

“Saya mengaku berkahwin di Thailand tanpa membawa surat cerai, namun proses di sana sedikit mudah yang membolehkan akad nikah berlangsung,” katanya.

Dokumen pernikahan yang tular di media sosial. – Foto tular

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita mendakwa abangnya ‘dimadukan’ isteri sejak setahun lalu apabila kakak iparnya berkahwin dengan suami kedua di Songkhla, Thailand.

Wanita yang dikenali sebagai Ekin ketika memuat naik kenyataan di Facebook berkata, kakak iparnya berusia 30 tahun berasal dari Terengganu.

Katanya, perkara itu terbongkar pada 6 Disember lalu selepas keluarganya dengan bantuan penduduk kampung ‘menangkapnya’ yang berada di rumah lelaki yang dikahwininya di Songkhla, Thailand pada November tahun lalu lalu lalu.

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button