JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita hilang sejak Rabu lalu ditemukan meninggal dunia

PETALING JAYA – Seorang wanita, Yong Jia Yein, 34, yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu, sudah meninggal dunia.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, jasad Jia Yein ditemukan di Pantai Remis dekat Jeram, Selangor, awal pagi tadi.

Beliau turut mengesahkan bahawa keluarga mangsa telah dimaklumkan, dan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Jia Yein kali terakhir dilihat meninggalkan kediamannya di Kondominium Pelangi Utama dekat Petaling Jaya, Selangor dengan memandu sebuah Proton Iswara berwarna biru dengan nombor pendaftaran BDV 1304.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button