JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita ditemukan maut, dipercayai jatuh dari parkir pusat beli belah

BAYAN LEPAS – Seorang wanita  maut selepas dipercayai terjatuh dari parkir tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah, di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, jasad mangsa ditemukan di kawasan pemunggahan barang kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan disahkan maut di tempat kejadian.

Tambahnya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa yang berusia 29 tahun dan berasal dari Sungai Bakap itu meninggalkan barangan peribadi dalam keretanya jenis Honda City.

“Saksi awal melihat mangsa jatuh dari tingkat berkenaan pada pukul 12.44 tengah hari semasa memandu keretanya menuju ke ‘loading bay’ itu.

“Saksi berkenaan merupakan pekerja di pasar raya di situ,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut Sazalee berkata, mangsa dikatakan keluar dari rumah pada pukul 9 pagi dan kali terakhir dihubungi pada pukul 12 tengah hari.

“Bedah siasat ke atas mangsa yang dilakukan Pegawai Perubatan Unit Perubatan Forensik Hospital Balik Pulau mengesahkan kematian disebabkan kecederaan parah akibat terjatuh dari tempat tinggi,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button