JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita buat laporan palsu kerana takut dimarahi suami

JERTIH – Gara-gara takut dimarahi suami, seorang wanita berusia 31 tahun sanggup membuat laporan palsu mengatakan dirinya disamun dua lelaki.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu berkata wanita itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah pukul 3.39 petang semalam.

“Berdasarkan laporan, pengadu mendakwa barang kemas miliknya yang bernilai RM7,000 dilarikan dua suspek bermotosikal setelah dirinya ditahan dan diacukan pisau dalam kejadian di tempat sunyi pada 3.10 petang itu.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati, kejadian itu tidak berlaku dan pengadu sebenarnya telah meminjamkan barang kemas tersebut kepada rakannya namun dia tidak dapat dihubungi.

“Pengadu kemudian membuat laporan kononnya disamun kerana takut dimarahi suaminya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu dengan niat menyebabkan seorang penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada orang lain.

Azamuddin berkata wanita itu boleh dipenjara sehingga enam bulan atau dengan denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membuat laporan palsu yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang diambil,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button