
Tuntutan cerai: Fazura serah kepada Allah
SHAH ALAM – Krisis rumah tangga pasangan selebriti sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura sama ada bercerai atau kes ditangguhkan sekali lagi bakal diketahui pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Menerusi hantaran di Instagram milik Fazura, dia memberi gambaran krisis rumah tangga yang sedang dihadapinya dengan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada perancangan Allah.
Fazura berkata, dia yakin dengan segala ketentuan yang sudah ditetapkan Allah, selain percaya dengan kebahagiaan yang bakal diperoleh pada masa mendatang.
“Sentiasalah meletakkan sepenuh kepercayaan, harapan dan keyakinan kepada perancangan Allah.
“Mungkin kamu tidak nampak sekarang, tetapi ketahuilah Allah sedang membawa kamu ke arah kebahagiaan yang jauh lebih besar. Insya-Allah,” tulisnya.
Pada 24 September lalu, Fatah Amin atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin menyatakan bahawa dia tidak bersetuju untuk melepaskan Fazura pada sebutan kes permohonan perceraian di mahkamah yang sama.
Fattah, 33, berkata, dia masih menyayangi isterinya, selain meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.
Pada 13 September lalu, media melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Maklumat lanjut mengenai permohonan cerai tersebut masih menjadi tanda tanya susulan pasangan selebriti terbabit enggan mendedahkan mengenai punca keretakan rumah tangga mereka.
Dalam pada itu, Fattah dilaporkan berkata, dia terkejut selepas menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |