Tiga perompak larikan wang pengumpulan syarikat kurier
KLANG – Tiga perompak bertopeng dan bersenjatakan parang berjaya melarikan wang berjumlah kira-kira RM46,000 selepas menyamun gedung pengumpulan barangan syarikat kurier di Meru, semalam.
Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, ketiga-tiga suspek dilihat bertindak sebaik memberhentikan kenderaannya di dalam gudang berkenaan.
Suspek yang menaiki kereta Perodua Bezza itu mengambil masa kira-kira 30 saat sebelum melarikan diri selepas diserang oleh pekerja-pekerja di premis berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 21 tahun mengenai kes samun wang tunai itu, pukul 1.19 petang.

Jelas beliau, kejadian pada pukul 13.36 itu berlaku ketika pengadu dan pekerja lain sedang melakukan proses mengira wang di premis tersebut.
“Siasatan mendapati tiga suspek berparang dan bertopeng muka bertindak melarikan wang tunai RM46,000 milik syarikat kurier berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Vijaya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
Tambahnya, polis kini sedang mempergiatkan usaha memburu kesemua suspek da kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Fazlan Rezza di talian 011-10561017 atau balai polis berdekatan,” ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






