BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Tiga lagi suspek rasuah lesen kenderaan perdagangan direman SPRM

PUTRAJAYA – Dua kakitangan dan seorang bekas kakitangan sebuah agensi kementerian ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam rasuah melibatkan kelulusan Lesen Kenderaan Perdagangan (LKP).

Perintah reman ke atas ketiga-tiga suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia 30-an itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Syahrul Syazly Md Sain, hari ini.

Menurut sumber, mereka ditahan antara pukul 3.30 hingga 5 petang semalam ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan.

“Tangkapan ini adalah susulan operasi Op Loader yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM pada Rabu lalu.

“Operasi itu menyaksikan lapan individu ditahan, termasuk empat pengarah syarikat dan seorang pengarah agensi kementerian,” katanya.

Sumber itu berkata, pegawai-pegawai agensi tersebut dipercayai bekerjasama dengan beberapa syarikat untuk menyediakan maklumat palsu seperti penyata bank bagi mendapatkan surat kelulusan LKP.

“Mereka turut menguruskan permohonan Surat Tawaran Kelulusan (STK) dan Surat Kelulusan Lanjut Usia (SKLU) bagi kenderaan perdagangan yang tidak layak untuk menjalani Pemeriksaan Awalan Puspakom,” katanya.

Tambahnya, bayaran rasuah yang dikenakan dipercayai antara RM3,000 hingga RM20,000 bergantung pada jenis dan usia kenderaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 16 dan Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

“SPRM komited membanteras aktiviti rasuah yang melibatkan sektor awam dan swasta demi memastikan integriti sistem kawal selia negara terpelihara,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button