BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Tiga individu ditahan terlibat penipuan dalam talian di Saratok

SARATOK – Tiga individu termasuk dua wanita ditahan selepas dipercayai terbabit dalam beberapa kes penipuan dalam talian atau phone scam yang menyebabkan kerugian ribuan ringgit di seluruh negara.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 23 hingga 33 tahun itu ditahan dalam Op Kesan 01/2025 hasil risikan dan serbuan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok yang diketuai Inspektor Sopian Zainuddin, semalam.

Menurut Mathew, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek berperanan sebagai pemilik akaun bank atau ‘mule account’ yang digunakan sindiket bagi menerima wang hasil penipuan daripada mangsa.

“Tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang disyaki memiliki akaun digunakan dalam kes penipuan di Pulau Pinang, menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM3,500,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, seorang wanita berusia 23 tahun pula ditahan selepas dipercayai menyamar sebagai pegawai polis dalam satu kes penipuan di Keningau, Sabah yang menyebabkan kerugian RM14,400.

Sementara itu, tangkapan ketiga melibatkan seorang wanita berusia 33 tahun yang disyaki terlibat dalam kes pinjaman tidak wujud di Sabah dengan jumlah kerugian sebanyak RM27,460.

“Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan lanjut dijalankan,” jelasnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button