
Tiga individu berkait GISBH dituduh di tiga mahkmah pagi ini
PUTRAJAYA – Tiga individu yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dijangka bakal dituduh di tiga mahkamah berlainan hari ini.
Difahamkan, tiga individu tersebut akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya, Mahkamah Majistret Port Dickson dan Mahkamah Sesyen Seremban 2, Negeri Sembilan.
Menurut sumber, bagi pertuduhan di Putrajaya, seorang lelaki bakal dituduh dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Seksyen 506 merujuk ugutan jenayah yang mana ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan di Port Dickson pula, kes membabitkan seorang ustaz yang bakal dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul kehormatan guru praktikal di Pusat Pengajian Al-Quran Al-Hafiz Wisma Galilee. Port Dickson
Selain itu, di Seremban 2, seorang ustaz bakal dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak di Pusat Pengajian Al-Quran Al-Hafiz Wisma Galilee, Port Dickson.
Sebagai rekod, pendakwaan tiga kes ini adalah yang pertama berkaitan GISBH selepas Op Global dilancarkan polis pada 11 September lalu.
Menerusi Op terbabit, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia satu hingga 17 tahun, selain menahan 171 individu termasuk ustaz yang mengendalikan premis yang diserbu untuk siasatan lanjut.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |