BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Tiga cedera dalam kebakaran papan iklan gergasi di Lebuhraya Persekutuan

PETALING JAYA – Tiga pekerja warga Indonesia cedera manakala enam lagi terselamat apabila sebuah papan tanda elektronik (LED) gergasi terbakar di Lebuhraya Persekutuan kira-kira pukul 1.15 petang tadi.

Tiga daripada mereka mengalami kecederaan ringan dipercayai akibat ditimpa serpihan skrin yang masih terbakar dan jatuh.

Kesemua yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menerima rawatan.

Dalam video yang tular petang ini, sebuah papan iklan elektronik (LED) terbakar dengan beberapa orang dipercayai pekerja penyenggaraan masih berada di bahagian atas papan iklan berkenaan.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button