Tiga Ahli Parlimen mohon ikuti prosiding rayuan Najib
PUTRAJAYA – Peguam, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk mengikuti prosiding semakan kehakiman selaku peguam pemerhati berhubung isu kewujudan Titah Adendum membabitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Permohonan itu dibuat di hadapan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi Takiyuddin.
Dalam permohonannya, Taqiyuddin berkata beliau mewakili tiga ahli Parlimen iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Ronald Kiandee.
Najib merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Bekas pemimpin UMNO itu mendakwa, Titah Adendum itu akan membolehkannya, menjalani baki hukuman penjara selama enam tahun di bawah tahanan di kediamannya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





