BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Tiada sekatan pergerakan terhadap Fahmi Reza – Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan aktivis dan pereka grafik, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin dikenakan sekatan pergerakan ke luar negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan bahawa PDRM mengambil maklum akan laporan media serta reaksi orang awam berhubung dakwaan sekatan terhadap Fahmi Reza.

“PDRM ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang sekatan rasmi yang dikenakan terhadap Fahmi Reza buat masa ini,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

razarudin husain
Razarudin menjelaskan nama Fahmi Reza dimasukkan dalam senarai pemantauan pergerakan susulan siasatan yang masih berjalan terhadapnya.

Namun begitu menurut beliau, nama individu berkenaan telah dimasukkan ke dalam senarai pemantauan pergerakan sebagai sebahagian daripada prosedur dalaman susulan siasatan yang masih berjalan ke atasnya.

Razarudin menegaskan senarai tersebut bukanlah satu bentuk sekatan, tetapi merupakan langkah pemantauan rutin yang lazim dilakukan pihak berkuasa dalam kes-kes terbuka.

Tambah beliau, kekeliruan timbul pada 7 Jun 2025 ketika semakan dilakukan di pintu keluar negara yang menyebabkan arahan sekatan dikeluarkan secara tidak tepat.

BACA : Fahmi Reza dakwa disenarai hitam, dihalang ke luar negara

“Situasi ini sedang diteliti dan langkah sewajarnya akan diambil bagi memperkemaskan prosedur sedia ada,” katanya lagi.

PDRM turut memberi jaminan bahawa pihaknya kekal komited dalam melindungi dan menghormati hak kebebasan bergerak setiap rakyat Malaysia.

“Individu berkenaan adalah bebas untuk melakukan perjalanan keluar dan masuk negara seperti biasa, tertakluk kepada sebarang peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen dan undang-undang berkaitan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button