JENAYAH & MAHKAMAH

Tiada bukti mencukupi, kes Teoh Beng Hock diklasifikasi sebagai NFA

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara mengklasifikasikan kes kematian Teoh Beng Hock sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Menurutnya dalam satu kenyataan, ia selepas pihaknya meneliti dan mengkaji keseluruhan kertas siasatan yang dikemukakan oleh polis.

“Hasil penelitian terhadap keseluruhan keterangan mendapati tiada bukti yang mencukupi untuk membuktikan apa jua kesalahan terhadap mana-mana individu dibawah undang-undang.

“Oleh itu, arahan yang diberikan adalah supaya tiada tindakan lanjut diambil berhubung dengan kertas siasatan ini,” katanya hari ini.

Terdahulu Polis Diraja Malaysia telah merujuk kertas siasatan berhubung dengan kematian Beng Hock yang telah ditemui meninggal dunia pada 16 Julai 2009 di bahagian luar koridor Tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor kepada Jabatan Peguam Negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button