
Tiada barang peribadi milik Afham hilang -polis
SHAH ALAM – Polis mengesahkan tiada barang-barang peribadi milik penyanyi dan juga Youtuber, Nidza Afham Mokhtar
didapati hilang selepas penemuan mayat lelaki berusia 23 tahun itu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, walaupun ada dakwaan kehilangan barang milik mangsa, polis tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara itu dari ahli keluarga.
“Saya ingin ingatkan orang ramai agar tidak sebar kenyataan tidak berasas atau membuat spekulasi mengenai siasatan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini terdapat laporan mengenai kehilangan barangan peribadi milik mangsa seperti kad debit dan wang tunai
ketika dompet milik Nidza Afham ditemukan.
Nidza Afham yang pernah menyertai rancangan realiti ‘I Can See Your Voice’ dilaporkan hilang pada malam Rabu lalu dan ditemui keesokan harinya berhampiran Jambatan Kota, Klang.
Semalam, polis mengklasifikasikan kematian Nidza Afham sebagai mati mengejut tanpa tanda kecederaan pada badan mangsa.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |