BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Terengganu mula hukuman sebat pesalah khalwat di tempat umum minggu depan

KUALA LUMPUR – Pesalah khalwat lelaki yang melakukan kesalahan berulang akan disebat di Majsid Al-Mukttafi Billah Shah, Kuala Terengganu bermula pada 27 Disember setiap kali selesai solat Jumaat.

Exco Penerangan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh Panel Rayuan Syariah Terengganu pada 11 Disember lalu.

Beliau berkata, pelaksanaan hukuman di tempat awam itu sepatutnya sudah dilasanakan pada 6 Disember namun terpaksa ditangguh susunan permohonan semakan fail ke Mahkamah Syariah pada 3 Dis.

“Hukuman sebatan ke atas pesalah khalwat berulang kekal dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu sebagaimana keputusan terdahulu.

“Maklumat lanjut berhubung prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan hukuman akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa sebelum hukuman dilaksanakan kelak,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Muhammad Khalil Abdul menegaskan bahawa hukuman sebatan dikenakan terhadap pesalah jenayah takzir ini adalah sebagai pengajaran agar individu lain tidak melakukan dan mengulangi kesalahan yang sama.

“Pelaksanaan hukuman sebatan takzir ini juga bertujuan untuk menunjukkan perbezaan antara sebatan sivil dan syariah,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button