JENAYAH & MAHKAMAHBERITA SEMASA

Tampar teman wanita selepas dipersoal tidak balas mesej, lelaki didenda RM800

BATU PAHAT – Gara-gara menampar teman wanita selepas ditegur kerana tidak membalas mesej, seorang lelaki penjaga stor didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Tertuduh, Muhamad Nurhaqimi Harun, 20, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah mencederakan teman wanitanya di sebuah kedai haiwan peliharaan di Jalan Parit Bilal pada 10 Oktober lalu.

Majistret Suhaila Shafi’uddin dalam penghakimannya memerintahkan tertuduh dipenjara selama 14 hari sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Nurhaqimi didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, Muhamad Nurhaqimi menampar teman wanitanya yang datang menghantar makanan selepas wanita berkenaan tidak berpuas hati apabila mesej selamat paginya tidak dibalas tertuduh.

Tertuduh yang berang bertindak menampar pipi wanita berkenaan menyebabkan kecederaan dan kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Batu Pahat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button