
Syed Saddiq ucap terima kasih Bella Astillah hadir beri sokongan
PUTRAJAYA – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan terima kasih kepada Bella Astillah yang sanggup hadir untuk memberi sokongan kepadanya di Mahkamah Rayuan di sini hari ini.
Ahli Parlimen Muar itu turut menggambarkan pelakon dan penyanyi kelahiran Sarawak tersebut sebagai seorang wanita yang luar biasa.
“Terima kasih. Dia (Bella) wanita yang luar biasa dan saya terhutang budi,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di lobi mahkamah.
Tedahulu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas mendapati ahli politik itu bersalah atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Syed Saddiq dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan akan memulakan proses rayuan selepas menerima penghakiman bertulis daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Susulan itu, beliau mengarahkan pasukan peguamnya, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Datuk Hisyam Teh Poh Teik untuk segera melengkapkan rayuan berkenaan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |