BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Syamsul, Ira Kazar sah bercerai talak satu

KUALA SELANGOR – Tidak sampai dua tahun melayari perkahwinan bersama, pasangan pelakon Syamsul Yusof dan Ira Kazar disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini.

Keputusan itu diputuskan Hakim Syarie Mohd Faizal Habib selepas mendapati berlakunya perlanggaran taklik sebanyak lima kali oleh Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29.

Sementara itu, Peguam Syarie yang mewakili Syamsul, Azmi Rais berkata, mahkamah mengesahkan berlakunya perlanggaran lafaz taklik selepas Ira mengakui membuat hantaran di media sosial.

“Ira telah melanggar taklik sebanyak lima kali selepas membuat hantaran di media sosial dalam keadaan rela dan tanpa paksaan bermula 14 Ogos lalu.

“Tempoh idah Ira juga bermula pada tarikh pelanggaran taklik (14 Ogos lalu),” katanya kepada media di perkarangan mahkamah hari ini.

Sementara itu, peguam syarie, Muhammad Fadhil Abd Razak yang mewakili Ira berkata, mahkamah telah mendapati penceraian pasangan itu telah berlaku di luar mahkamah, dan dengan keputusan hari ini, kes cerai kedua-dua mereka kini selesai.

Terdahulu Syamsul, 40, atau nama sebenar Mohd Syamsul Mohd Yusof memfailkan perceraian ke atas Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada 19 Ogos lalu.

Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Sebelum ini khabar angin rumah tangga pasangan itu yang bergolak mendapat perhatian nitizen yang menyifatkannya sebagai balasan terhadap apa yang berlaku kepada bekas isteri pertama Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pasangan ini berpisah pada 14 Jun tahun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button