JENAYAH & MAHKAMAHBERITA SEMASA

Suspek utama bunuh Nur Farah Kartini disahkan sebagai anggota polis

SUNGAI BULOH – Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penjawat awam yang ditahan berhubung penemuan mayat, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, merupakan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hussein berkata demikian ketika ditanya mengenai status lelaki terbabit.

“Suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Perak.

“Siasatan awal mendapati tempat penemuan mayat merupakan lokasi kejadian utama,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Semalam media melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan pada petang semalam.

Mangsa didapati hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Perak.

Allahyarham dipercayai dibunuh individu yang dikenali.

Mayat mangsa ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor, pada 6 petang, sebelum polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 26 tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button