
Suspek tikam pelajar IPT direman enam hari
SUNGAI PETANI – Suspek lelaki yang disyaki menikam penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini semalam, direman enam hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Sungai Petani, M. Kalairasi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.
Proses reman dilakukan di hospital kerana suspek masih menerima rawatan di bawah pengawasan polis akibat kecederaan dialaminya ketika akibat bergelut dengan mangsa.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, suspek akan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda selepas dibenarkan keluar dari hospital.
Sementara itu, siasatan mendapati mangsa yang berusia 19 tahun mengalami kecederaan akibat tikaman di beberapa bahagian belakang badan dan leher.
Difahamkan, mangsa telah dipindahkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Bandar Perda, Pulau Pinang oleh keluarganya, malam tadi.
Laporan media semalam menyebut, seorang penuntut perempuan sebuah IPT dekat sini cedera parah setelah ditikam suspek dipercayai bekas teman lelakinya.
Suspek dipercayai berbuat demikian kerana tidak berpuas hati apabila hubungan mereka berakhir.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |