
Suspek tembak di KLIA ditahan bersama sepucuk pistol
KOTA BHARU – Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan bersama pistol di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam di sini pada Isnin.
Suspek, Hafizul Hawari, 38, ditahan di lokasi yang hanya beberapa meter dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada jam 3 petang.
Sumber Sinar Harian berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.
“Ketika ditahan berlaku pergelutan dan suspek seorang diri.
“Polis turut merampas sepucuk pistol daripada suspek,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan selepas melarikan diri lebih daripada 24 jam, akhirnya suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA, Sepang berjaya diberkas polis, pada Isnin.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






