BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Suspek samun kedai aiskrim diberkas polis

SHAH ALAM – Suspek lelaki warga asing yang melakukan samun dan menikam pekerja kedai aiskrim di Taman Sri Muda, di sini ditahan polis petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki warga Pakistan ditahan di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada pukul 4.15 petang tadi.

“Suspek adalah lelaki warga Pakistan berumur 39 tahun dan polis turut merampas senjata digunakan beserta pakaian yang dipakai suspek ketika kejadian.

“Suspek akan direman di Mahkamah Shah Alam pada 9 pagi esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang wanita berusia 21 tahun ditikam beberapa kali oleh seorang lelaki yang menyamun premis perniagaan.

Serangan terhadap mangsa yang berseorangan semasa kejadian pada 12 Ogos lalu menyebabkan tiga kesan torehan senjata tajam.

Mohd Iqbal berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Syer Aidid di talian 013-6544996.

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button