Suspek pukul penghantar makanan positif dadah
KLANG – Suspek utama dalam kejadian memukul penghantar makanan di persimpangan lampu isyarat Jalan Langat di sini yang tular dalam video sejak semalam disahkan positif dadah jenis methamphetamine.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata, suspek utama disahkan positif selepas menjalani ujian air kencing manakala dua lagi rakannya yang berada dalam kereta yang sama didapati mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.
Katanya, ketiga-tiga lelaki warga tempatan yang berusia antara 28 hingga 39 tahun itu ditahan kira-kira 6.30 petang semalam selepas laporan mengenai kejadian itu dibuat.
“Saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek utama terbabit positif dadah jenis methamphetamine.
“Selain itu, semakan dijalankan turut mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Hoong Fong berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lain berhubung kejadian tersebut boleh menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Dalam kejadian pada Ahad lalu, seorang seorang penghantar makanan dipukul pada bahagian muka dan perut oleh suspek selepas dikatakan membunyikan hon kepada sebuah kereta dinaiki sekumpulan lelaki kerana dipandu secara berbahaya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








