BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Suri rumah rugi lebih RM26,000 terpedaya peraduan cabutan bertuah dalam talian

TANGKAK – Seorang suri rumah kerugian RM26,060 selepas terpedaya dengan penipuan peraduan cabutan bertuah dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan mencecah ratusan ribu ringgit.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, mangsa berusia 55 tertarik dengan iklan peraduan berkenaan yang dilihat menerusi satu aplikasi dalam telefon pintarnya pada 8 Julai lalu.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya menghubungi suspek dan telah dipengaruhi untuk membuat 12 transaksi berasingan secara berperingkat dari 8 hingga 15 Julai, ke enam akaun bank berbeza yang dipercayai milik pihak ketiga atau lebih dikenali sebagai ‘akaun keldai’.

“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas pulangan yang dijanjikan tidak diterima. Beliau kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Tangkak semalam,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga: Peniaga lesap setengah juta selepas buat ‘kerja sambilan’ atas talian

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Roslan berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran peraduan yang mencurigakan, terutamanya yang dijalankan melalui aplikasi atau media sosial.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button