BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Suami Zahnita positif dadah, didakwa esok

KUANTAN – Suami kepada pelakon dan bekas model terkenal, Zahnita Wilson akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret esok atas dakwaan berkaitan keganasan rumah tangga.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan fizikal.

“Selain itu, suspek juga bakal berdepan pertuduhan tambahan berhubung ujian urin yang didapati positif dadah,” katanya seperti dilaporkan oleh Buletin TV3.

Terdahulu, Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman telah mengeluarkan perintah reman selama tiga hari ke atas suami Zahnita selepas penahanannya pada Isnin lalu.

Isu ini menjadi perhatian selepas Zahnita memuat naik dua gambar di media sosial yang memperlihatkan kesan lebam di bahagian matanya. Pelakon itu, yang nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, mengakui berat hati untuk berkongsi perkara tersebut, namun situasi memaksa dirinya bertindak demikian.

“Saya sebenarnya tidak mahu melakukan ini, tetapi saya tiada pilihan. Ini adalah sebab mengapa saya meninggalkan rumah lama dan juga mengapa saya sering memakai cermin mata hitam,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Pengakuan Zahnita telah menarik perhatian ramai, termasuk rakan-rakan selebriti, yang meluahkan rasa simpati serta tertanya-tanya tentang insiden yang berlaku terhadap model berdarah Pan Asian itu.

Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada tahun 2013.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button