JENAYAH & MAHKAMAH

Suami tetak isteri dan anak perempuan di Sibu

SIBU – Seorang wanita berada dalam keadaan kritikal manakala anak perempuannya cedera parah selepas mereka ditetak menggunakan parang oleh suaminya di sebuah kawasan perumahan di Sibu, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi apabila anak wanita terbabit yang berusia 20 tahun, menghubungi talian kecemasan memaklumkan mereka diserang oleh ayahnya sendiri.

“Akibat kejadian itu, isteri suspek kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sibu. Anak perempuan mangsa yang cedera parah di bahagian kepala dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Suspek berusia 57 tahun melarikan diri sejurus selepas serangan, namun tindakan pantas pasukan khas IPD Sibu berjaya mengesan dan menangkapnya di kawasan Kanowit kira-kira pukul 4.15 petang semalam.

Zulkipli menambah, suspek direman di Mahkamah Sibu hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan motif sebenar serangan masih dalam siasatan polis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button