
Suami direman bantu siasatan kematian isteri dalam kemalangan
ALOR GAJAH – Seorang penghantar barang berusia 22 tahun direman tiga hari bagi membantu siasatan kes kemalangan maut melibatkan isterinya, tengah malam semalam.
Perintah reman terhadap lelalki itu yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Dr Teoh Syu Yee di Mahkamah Majistret Alor Gajah, mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, lapor BERNAMA.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah malam di depan Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin, motosikal ditunggang Nur Erdiyanah Samsul Maarif, 27, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke arah kanan jalan dan melanggar tembok batu.
Nur Erdiyanah, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Menurut polis, terdapat maklumat bahawa sebelum kemalangan, mangsa dipercayai bertengkar dengan suaminya.
Difahamkan ketika dalam perjalanan pulang, suami mangsa mengikutnya dari belakang, namun wanita itu kemudian memecut motosikal sebelum terbabas.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |