Suami cekup isteri bersama kenalan lama di hotel
KULIM – Rasa curiga seorang suami terhadap tingkah laku dan keberadaan isteri berakhir dengan mimpi ngeri apabila isterinya ditangkap khalwat bersama lelaki lain di Lunas, di sini, awal pagi ini.
Lelaki berusia 30-an dari Pahang itu nekad menjejaki isterinya ke Kedah selepas curiga dengan alasan diberikan wanita berkenaan, yang mendakwa mahu bertemu sepupunya.
Bagaimanapun, rasa sangsi semakin memuncak apabila dia mendapati isterinya tidak pulang ke rumah sepupu selepas keluar ke kedai dobi.
Menurut sumber, suami terbabit kemudian bertindak mengesan lokasi isterinya sebelum mendapati wanita itu berada di sebuah hotel bersama seorang lelaki.
Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim (PADK), Anwar Sharifudin Mat Saad, berkata pihaknya menerima panggilan daripada lelaki itu kira-kira pukul 3.40 pagi.
“Suami wanita berkenaan datang dari Pahang, mengesan lokasi isterinya dan melakukan tangkapan sendiri sebelum menghubungi PADK untuk tindakan lanjut,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Siasatan mendapati pasangan terbabit mengenali satu sama lain sejak tujuh tahun lalu sebelum terputus hubungan apabila wanita itu berkahwin. Namun, mereka kembali berhubung selepas lelaki berkenaan memperoleh nombor telefon wanita itu daripada sepupunya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



