BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Suami bunuh isteri kerana tuntut cerai

BATU GAJAH– Kes pembunuhan seorang wanita yang dipercayai dilakukan oleh suami sendiri di Pekan Batu Gajah di sini dipercayai berpunca daripada masalah rumah tangga pasangan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, siasatan mendapati suspek membunuh mangsa selepas tidak berpuas hati kerana isterinya masih mahu meneruskan tuntutan fasakh (penceraian) walaupun telah dipujuk.

Dalam kejadian petang semalam, suspek yang berusia 36 tahun menyerah diri di Balai Polis Batu Gajah dan mengaku telah membunuh isterinya di sebuah hotel .

“Siasatan mendapati suspek dan mangsa telah datang ke hotel secara berasingan dan menginap di bilik yang sama, semalam.

“Suspek menyerah diri kerana dipercayai telah menikam isterinya iaitu mangsa yang berusia 32 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan kejadian itu, suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Md Noor berkata, polis telah memenui susuk badan mangsa dengan kesan tikaman di dalam bilik hotel dan sebilah pisau turut dijumpai di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Supritendan Gunaselan A/L Vijaya Kumar di talian 012-363 4341 untuk membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button