Jenayah & Mahkamah

Suami bunuh isteri guna dumbel didakwa di mahkamah

SHAH ALAM – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan bunuh dengan menyebabkan kematian isterinya, minggu lalu.

Tertuduh, Izzat Saat, 38 hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Farah Rosnan, menurut laporan Harian Metro.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Berdasarkan pertuduhan tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu didakwa dengan niat telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian terhadap Nurul Qurraisyia Zulkafli, 33.

Justeru, dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun dengan minima 12 sebatan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 10.30 malam hingga 10.30 pagi pada 14 hingga 16 Disember di rumah di Seksyen 32 dekat sini.

Majistret kemudian menetapkan tarikh bagi sebutan semula, pengurusan kes dan penyerahan laporan kimia, forensik dan bedah siasat pada 19 Februari 2024.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saidah Fasihah Che Yussoff sementara tertuduh diwakili peguam Rezal Mazli Abdul Muin.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita maut dipercayai dipukul menggunakan dumbel oleh suaminya akibat cemburu di rumah di Bukit Rimau dekat sini, 15 Disember lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button