JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM tidak terlibat siasatan kes GISBH – Azam Baki

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak terlibat dalam siasatan ke atas kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) buat masa ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan kes berkenaan dilaksanakan sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana buat masa ini kes berkenaan tidak mempunyai unsur rasuah atau salah guna kuasa.

“Kita serah perkara ini kepada pihak polis menyiasat perkara ini kerana tidak nampak ada isu rasuah di sini,” katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, pihak PDRM telah merekodkan sebanyak 740 rakaman percakapan berhubung siasatan ke atas GISBH.

Berhubung rakaman percakapan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan tindakan itu diambil menerusi Op Global yang dilaksanakan bagi fasa pertama dan kedua.

Beliau berkata, daripada jumlah yang direkodkan, 30 adalah rakaman percakapan pengadu, saksi (216), mangsa (392) dan suspek (102).

Tambahnya, jumlah kumulatif kertas siasatan yang telah dibuka bagi Fasa 1 dan 2 adalah sebanyak 33 kertas siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button