Berita SemasaJenayah & Mahkamah

SPRM temui RM5 juta dalam kediaman ‘safehouse’ milik individu berpengaruh

KUALA LUMPUR – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap dua suspek kes skandal perlombongan pasir di Selangor membawa kepada penemuan mata wang berjumlah kira-kira RM5 juta (SGD SGD1,529,000) di sebuah pangsapuri di ibu negara, semalam.

Sumber mendedahkan, wang yang disimpan di ‘safehouse’ itu adalah wang rasuah yang diterima oleh individu berpengaruh dan digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk tujuan politik.

Dalam serbuan di premis yang dipercayai disewa pada 10 malam itu.

Operasi itu dilakukan SPRM susulan siasatan skandal rasuah jutaan ringgit membabitkan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) berkaitan konsesi perlombongan pasir dilakukan syarikat cabang pelaburan negeri itu.

“Wang itu telah disita oleh SPRM bagi siasatan lanjut. Dipercayai wang itu diberikan oleh seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya dan disimpan oleh ahli perniagaan ini atas arahan ahli politik berpengaruh tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, siasatan kes itu masih di peringkat awal dan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Seorang daripada mereka telah direman lima hari sehingga Selasa, manakala seorang lagi dibebaskan atas perintah mahkamah kerana masalah kesihatan.

SPRM turut menyita kira-kira 15 akaun bank milik individu dan syarikat untuk siasatan lanjut.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button