
SPRM tahan seorang lagi ADUN disyaki terima rasuah RM150,000
KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM150,000 membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali di negeri ini.
Menurut sumber kepada Malaysia Tribune, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.
“Suspek yang juga merangkap Pembantu Menteri dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2023 dan 2024.
“Siasatan juga mendapati suspek disyaki telah meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM150,000 daripada seorang individu berpangkat Datuk kononnya untuk membantu menguruskan permohonan lesen cari gali di negeri ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
Tambah beliau, suspek telah dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan sebanyak RM50,000 (tanpa deposit) dengan seorang penjamin dan suspek juga akan didakwa dalam masa terdekat.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |